…Yuran biasiswa datang tepat sebelum tarikh akhir untuk membayar yuran peperiksaan saya dan terdapat lebih daripada cukup…
Saya adalah seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM), di bawah tajaan biasiswa MARA. Saya mengambil kursus Chartered Institute of Management Accounting (CIMA) yang merupakan kertas professional antarabangsa. Oleh itu, semua bayaran yuran peperiksaan CIMA adalah dalam bentuk mata wang US dollar.
Walaupun saya adalah pelajar biasiswa, pihak sponsor memberikan wang biasiswa tidak tentu masa. Apabila situasi begitu terjadi, saya tidak dapat membuat bayaran yuran peperiksaan. Tahun lepas merupakan tahun yang amat mencabar kerana nilai matawang Ringgit jatuh mendadak. Akibatnya, lebih banyak duit diperlukan untuk membayar yuran peperiksaan saya.
Apabila tarikh pembayaran mulai dekat, saya mula berasa risau kerana pihak sponsor masih belum memberikan wang biasiswa.
Dalam kerisauan saya, saya terus berpegang kepada iman dan kepercayaan bahawa Tuhan pasti ada rencana yang tepat pada masaNya.
Dipendekkan cerita, tanpa saya ketahui, pihak sponsor akhirnya menghantar wang biasiswa ke dalam akaun bank saya, melebihi jumlah yang saya perlukan dan lebih awal daripada tarikh pembayaran yuran peperiksaan! Saya cukup bersyukur kepada Tuhan atas rahmatNya dalam kehidupan saya.
Melalui kesaksian ini, saya ingin mengingatkan kita semua agar tidak berasa takut terhadap perkara duniawi tetapi terus percaya bahawa Tuhan senantiasa bekerja dalam hidup kita. Tiada yang mustahil dalam nama Yesus, malah Dia lebih awal mengetahui keperluan kita sebelum kita menyeru kepadaNya.
…The Scholarship Money came in right before the deadline to pay for my exam fees and there was more than enough…
I’m a student in Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM). I’m taking the Chartered Institute of Management Accounting course on a MARA scholarship. However, disbursement of the scholarship funds does not always come on time and that makes it difficult to pay for my exam fees, which are in US dollars.
Last year was particularly challenging as we had to pay more for the exam fees because of the plunge in the Ringgit. I became worried nearing the due date of my exam fees as the scholarship money had not come in.
But I trusted God and chose to believe in His timing.
To cut the story short, the scholarship money came in right before the deadline to pay for my exam fees and there was more than enough money. Praise God! He indeed knows our needs before we even cry out to Him. Ryan Jensen Jersey Gilbert Arenas Jersey